Utaqhaventures

Jenis-Jenis Insurans:

protection, family, society, community, custody, responsibility, insurance, home, coronavirus, insurance, insurance, insurance, insurance, insurance

Share:

Insurans Hayat: Menyediakan pampasan kepada waris atau penerima manfaat sekiranya pemegang polisi meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal akibat kemalangan.

Insurans Perubatan:  Menyediakan kemudahan bayaran untuk kos rawatan untuk pelbagai penyakit termasuklah sakit biasa dan penyakit kritikal.

Insurans/takaful ini biasanya diambil ketika kita masih sihat. Dengan adanya perlindungan ini, kita tidak perlu menghabiskan terlalu banyak wang untuk membiayai kos rawatan setiap kali sakit atau disahkan mengidap penyakit kritikal.

Antara yang dibiayai termasuklah kos untuk ubat-ubatan, pembedahan, ward dan lain-lain yang berkaitan. Kebiasaannya pemegang polisi akan diberi kad perubatan yang perlu dibawa setiap kali mendapatkan rawatan.

Insurans Harta Benda: Melindungi harta benda seperti dan rumah daripada kerugian akibat kerosakan, kebakaran dan sebagainya. Pampasan akan diberikan untuk membantu pemilik kembali kepada kedudukan asal sebelum kejadian berlaku.

Insurans Pendidikan:  Biasanya berbentuk insuran barkaitan pelaburan, yang mana polisinya menggabungkan insurans hayat (pampasan akibat kematian atau kecacatan kekal) dan pelaburan untuk membina tabungan pendidikan. Pembahagian peratusan untuk pelaburan dan perlindungan adalah bergantung kepada polisi yang diambil.

Insurans Kenderaan:  Insurans ini memberi pampasan dengan membiayai kos membaiki sekiranya berlaku kemalangan atau perkara luar dugaan kepada kenderaan yang dilindungi.

Insurans kenderaan ialah wajib untuk manfaat pemilik kenderaan atai pihak ketida dan ia biasanya melindungi risiko akibat kemalangan, kecurian atau kerosakan.

Syarikat isnurans juga menawarkan perlindungan tambahan untuk cermin depan dan belakang atau untuk kerosakan akibat bencana alam (special perils). 

Insurans Perjalanan:  Insurans perjalanan pula ialah satu bentuk perlindungan kewangan untuk melindungi individu semasa mereka melancong ke destinasi luar negara atau dalam negara.

Polisi insurans perjalanan menyediakan perlindungan terhadap pelbagai risiko yang mungkin dihadapi semasa perjalanan, seperti pembatalan perjalanan, kehilangan bagasi, kemalangan peribadi, dan keperluan perubatan yang mendesak.

Pemegang polisi membayar premium untuk mendapatkan faedah perlindungan ini, yang dapat memberikan ketenangan fikiran dalam menghadapi kejadian tidak diingini semasa melancong.

Insurans perjalanan juga dapat menyelamatkan pemegang polisi daripada beban kewangan yang besar jika terjadi kejadian yang tidak dijangka, memastikan pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan lancar. 

ms_MYMS